Pergi ke kandungan

Liga-I 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I-League 3
NegaraIndia
KonfederasiAFC
Ditubuhkan13 Jun 2023; 3 tahun yang lalu (2023-06-13) (sEBAGAI'I-League 3)
Bilangan pasukan20
Kelayakan keLiga-I 2
Disingkirkan keLiga-Liga Negeri India (Diluluskan secara bersyarat)
Tahap[[Sistem liga#Football (soccer)|Tahap 4]]
Rakan TVIndian Football
SportsKPI
(online streaming)
Tapak sesawangindianfootballleague.in

I-League 3 ialah liga bola sepak profesional lelaki di India. Liga ini merupakan peringkat keempat dalam sistem liga bola sepak India, di bawah Liga Bola Sepak India 2 dan di atas liga-liga Negeri. [1] [2] Pasukan dari liga negeri boleh dinaikan ke I-league 3 melalui percalonan oleh badan induk bola sepak negeri masing-masing.

Divisyen Ketiga Liga Bola Sepak Kebangsaan

[sunting | sunting sumber]

Liga ini bermula dengan Nama Divisyen Ketiga Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL Divisyen Ketiga) dari tahun 2006 hingga 2007. Ia diasaskan oleh Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) pada tahun 2006. Liga ini telah dimainkan dari 25 November hingga 18 Disember 2006 sebagai kejohanan promosi untuk Divisyen Kedua Liga Bola Sepak Kebangsaan India . Lima pasukan telah dinaikkan pangkat ke divisyen kedua. [3] [4] AIFF telah membatalkan liga pada tahun 2007 selepas edisi pertama.

Buat pertama kalinya, AIFF memperkenalkan kelayakan untuk Liga-I 2 pada musim 2022–23. [5] Pada 13 Jun 2023, jawatankuasa liga AIFF mengumumkan pengenalan liga baharu di bawah Liga-I 2, di mana juara liga Negeri dan kelab yang dicalonkan akan bermain. Persatuan Bola Sepak Negeri perlu mencalonkan pasukan sebelum 31 Julai. [6] AIFF ingin mewujudkan piramid kompetitif dengan laluan perkembangan yang konkrit, bertujuan untuk membolehkan kelab terkecil sekalipun dinaikkan pangkat ke divisyen yang lebih tinggi.

Liputan media

[sunting | sunting sumber]
Tempoh Siaran TV Penstriman dalam talian
2023–kini Tiada YouTube [7]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Bola sepak di India
  • Sejarah bola sepak India
  • Senarai kelab bola sepak di India
  • Divisyen Kedua NFL
  • Divisyen Ketiga NFL
  • Trofi Santosh

Templat:I-League 3Templat:Football in India

  1. ↑ "Five teams submit bids for direct Hero I-League entry". www.the-aiff.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-14. Dicapai pada 2023-06-13.
  2. ↑ "Record five bids for I-League; no ISL reserves in 2nd and 3rd divisions". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2023-06-13. Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-15. Dicapai pada 2023-06-15.
  3. ↑ Arunava Chaudhary. "National Football League Third Division". indianfootball.de. Indian Football Network. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021.
  4. ↑ "NFL Third Division 2006–07". RSSSF. Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 November 2021. Dicapai pada 11 December 2021.
  5. ↑ Chatterjee, Triyasha (2023-05-01). "I-League: AIFF League Committee inflict 3-TIER BIDDING structure for DIRECT entry into I-League 2023-24- Check Out". Inside Sport India (dalam bahasa Inggeris AS). Dicapai pada 2023-12-31.
  6. ↑ "AIFF League committee announce I-League direct entry bidders and revamped league structure for IWL". Khel Now (dalam bahasa English). Diarkibkan daripada yang asal pada 2023-06-13. Dicapai pada 2023-06-15.{{cite web}}: CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ↑ "Where and How to watch 2023-24 I-League 3 Final Round?". khelnow.com. Dicapai pada 19 December 2023.