Oak
| Quercus | |
|---|---|
| Daun dan kacang Quercus robur | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Fagales |
| Keluarga: | Fagaceae |
| Subkeluarga: | Quercoideae |
| Genus: | Quercus L. |
Quercus[1] ialah genus pokok renek malar hijau dalam keluarga Fagaceae. Terdapat sekitar 500 spesies oak di dunia yang masih wujud.[2] Spesies-spesies tersebut tersebar di kawasan-kawasan beriklim sederhana di luar kawasan-kawasan tropika seperti di Amerika, Asia, Eropah, Afrika Utara. Amerika Utara mempunyai bilangan spesies yang terbesar sebanyak kira-kira 90 di Amerika Syarikat dan 160 spesies di Mexico, di mana 109 spesies daripadanya endemik. China merupakan negara kedua terbesar dengan kira-kira 100 spesies.[3]
Taksonomi
[sunting | sunting sumber]Nama genus pokok ini dijejak daripada perkataan quercus dalam bahasa Latin yang diturunkan daripada akar *kwerkwu- dalam bahasa Indo-Eropah Purba.[4] Genus Quercus dibahagikan kepada dua subgenus dan lapan bahagian.[5] Bahagian-bahagian ini menyokong kepelbagaian evolusi oak antara dua cabang yang berbeza: cabang "Dunia Lama", yakni spesies-spesies yang wujud terutamanya di benua Eurasia; dan cabang "Dunia Baru" bagi spesies-spesioes pokok oak lazim di benua Amerika.[6]
Kemunculan teknik molekul dalam analisis filogenetik mengubah pemahaman tentang hubungan spesies-spesies dalam genus ini, pada mulanya dengan mendedahkan sokongan berasaskan data molekul bagi pembahagian difiletik Quercus ke dalam klad Dunia Lama dan Dunia Baru.[6] Teknik-teknik ini telah terbukti sangat berguna dalam menyelesaikan hubungan skala halus antara 2-5 spesies genus ini, terutamanya bagi kumpulan terhibrid, tetapi sehingga baru-baru ini, penekanan utama pada pendekatan sempit ini menghalang ahli sistematik daripada membuat penentuan berskala besar tentang sejarah oak.[7] Dengan kapasiti pensampelan merentasi spesies oak meningkat, begitu juga ketepatan pada peringkat bahagian dan spesies sepanjang genus.[8]
Botani
[sunting | sunting sumber]
Daun-daunnya disusun berpilin keliling batang-batangnya; tepi helainya bergerigi atau licin. Buah-buah dan daun pokok ini mengandungi asid tanik,[9] yang membantu melindungi pokok daripada serangan kulat dan serangga.[10]
Buahnya jenis kekeras, tampuknya keras berbentuk cangkir (cupule).[11] Buah ini berukuran 1–6 cm (1⁄2–2 1⁄2 in) panjang dan 0.8–4 cm (3⁄8–1 5⁄8 in) lebar.
Kegunaan
[sunting | sunting sumber]Kayu pokok-pokok dalam genus ini keras dan kuat. Ketumpatannya sebanyak 0.75 g/cm3 (0.43 oz/in3); ia menahan tinggi serangan serangga dan kulat kerana kandungan tanin yang sangat tinggi. Ia juga mempunyai corak ira yang sangat menarik, terutamanya apabila kayu tersebut dipotong rentang.
Papan kayu yang dipotong rentang sangat berharga ketika Zaman Pertengahan untuk digunakan dalam dalam pembinaan perabot yang bermutu tinggi serta panel dalaman bangunan yang megah, misalnya di ruang debat Bangunan Parlimen British di London. Kayu spesies Quercus robur dan Quercus petraea telah digunakan di Eropah untuk pembinaan kapal terutama sekali kapal-kapal perang[12] sehingga ke abad ke-19. Ia juga digunakan dalam pembinaan bangunan berbingkai kayu di Eropah. Kayu pokok-pokok ini masih digunakan hari ini untuk membina perabot, rangka-rangka bangunan kayu serta venir. Tong-tong arak termasuk wain, sherry, brandy serta wiski-wiski jenis Ireland, Scotch dan Bourbon yang berumur juga dibuat daripada kayu pokok jenis ini yang diperolehi dari Eropah dan Amerika. Serpihan kayu oak turut digunakan bsebagai bahan bakar untuk mengasap atau menyalai ikan, daging, keju[13] dan makanan yang lain.

Kulit kayu pohon Quercus alba dikeringkan bagi menghasilkan ubatan tertentu. Kulit kayu oak secara amnya juga kaya dengan tanin yang merupakan bahan penting menyamak kulit. Biji-bijinya boleh dikisar menjadi tepung ataupun dipanggang bagi menghasilkan "kopi oak".
Keracunan
[sunting | sunting sumber]Daun-daun dan buah pokok oak mengandungi asid tanik di mana pemakanannya yang banyak boleh menyebabkan keracunan dalam lembu, kuda, kambing biri-biri dan kambing; malah ia juga boleh menyebabkan kerosakan ginjal serta radang usus. Antara gejala keracunan termasuklah kurang selera makan, kemurungan, sembelit, cirit-birit (yang barangkalinya boleh berdarah), darah dalam air kencing serta kolik. Walau bagaimanapun, buah oak masih boleh selamat digunakan sekiranya ia direndam bagi mengeluarkan asid taniknya terlebih dahulu.[14]
Dalam budaya
[sunting | sunting sumber]Sebagai simbol negara
[sunting | sunting sumber]Pokok oak merupakan lambang kekuatan dan daya ketahanan, justeru ia telah dipilih kebanyakan negara sebagai pohon kebangsaan mereka seperti Jerman[15], Amerika Syarikat (melalui undang-undang yang diluluskan Kongresnya pada November 2004),[16] Bulgaria, Cyprus, England, Estonia, Perancis, Moldova, Jordan, Latvia, Lithuania, Poland, Romania, Serbia, dan Wales.[17]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Brenzel, Kathleen N., penyunting (1995). Sunset Western Garden Book. Menlo Park, California, AS: Leisure Arts. m/s. 606–607. ISBN 0376038519.
- ↑ "Quercus L." Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 29 Julai 2026.
- ↑ Hogan, C. Michael (2012). "Oak". Encyclopedia of Earth. Pakatan Maklumat Alam Sekitar, Majlis Sains dan Alam Sekitar Kebangsaan Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2013.
- ↑ Mallory, James P.; Adams, Douglas Q. (1997). Encyclopedia of Indo-European Culture. Chicago, Illnois, AS: Fitzroy Dearborn. m/s. 407. ISBN 1-884964-98-2.
- ↑ Denk, Thomas; Grimm, Guido W.; Manos, Paul S.; Deng, Min; Hipp, Andrew L. (2017), Gil-Pelegrín, Eustaquio; Peguero-Pina, José Javier; Sancho-Knapik, Domingo (penyunting), Oaks Physiological Ecology. Exploring the Functional Diversity of Genus Quercus L., 7, Springer International Publishing, m/s. 13–38, ISBN 978-3-319-69098-8
- 1 2 Manos, Paul S.; Zhou, Zhe‐Kun; Cannon, Charles H. (2001). "Systematics of Fagaceae: Phylogenetic Tests of Reproductive Trait Evolution". International Journal of Plant Sciences. 162 (6): 1361–1379. doi:10.1086/322949. JSTOR 10.1086/322949. S2CID 85925622.
- ↑ Hipp, Andrew L.; Manos, Paul S.; González-Rodríguez, Antonio; Hahn, Marlene; Kaproth, Matthew; McVay, John D.; Avalos, Susana Valencia; Cavender-Bares, Jeannine (January 2018). "Sympatric parallel diversification of major oak clades in the Americas and the origins of Mexican species diversity". New Phytologist. 217 (1): 439–452. doi:10.1111/nph.14773. hdl:10161/15608. PMID 28921530.
- ↑ Hubert, François; Grimm, Guido W.; Jousselin, Emmanuelle; Berry, Vincent; Franc, Alain; Kremer, Antoine (2014-10-02). "Multiple nuclear genes stabilize the phylogenetic backbone of the genus Quercus". Systematics and Biodiversity. 12 (4): 405–423. doi:10.1080/14772000.2014.941037. ISSN 1477-2000. S2CID 85604759.
- ↑ Tull, Delena (1999). Edible and Useful Plants of Texas and the Southwest: A Practical Guide. University of Texas Press. m/s. 102. ISBN 9780292781641.
- ↑ Hipp, Andrew (2004). Oak Trees Inside and Out. Rosen Publishing Group, Inc. m/s. 4.
- ↑ Vázquez, Francisco (13 March 2015). "For Acorns, Size Matters—and So Does Shape". Articles. International Oak Society. Dicapai pada 29 Julai 2026.
- ↑ Baugh, Daniel A. (1965). British Naval Administration in the Age of Walpole. Princeton University Press. m/s. 242. OCLC 610026758.
- ↑ Cheese. swaledalecheese.co.uk
- ↑ Bainbridge, D. A. (12–14 November 1986), Use of acorns for food in California: past, present and future, San Luis Obispo, CA.: Symposium on Multiple-use Management of California's Hardwoods
- ↑ Schierz, Kai Uwe (2004). "Von Bonifatius bis Beuys, oder: Vom Umgang mit heiligen Eichen". Dalam Hardy Eidam; Marina Moritz; Gerd-Rainer Riedel; Kai-Uwe Schierz (penyunting). Bonifatius: Heidenopfer, Christuskreuz, Eichenkult (dalam bahasa Jerman). Stadtverwaltung Erfurt. m/s. 139–45.
- ↑ "Oak Trees". arborday.org. Dicapai pada 27 April 2010.
- ↑ "Oak as a Symbol". Venables Oak. Dicapai pada 26 September 2012.
Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Byfield, Liz (1990) An oak tree, Collins book bus, London : Collins Educational, ISBN 0-00-313526-80-00-313526-8
- Philips, Roger. Trees of North America and Europe, Random House, Inc., New York ISBN 0-394-50259-00-394-50259-0, 1979.
- Logan, William B. (2005) Oak : the frame of civilization, New York ; London : W.W. Norton, ISBN 0-393-04773-30-393-04773-3
- Paterson, R.T. (1993) Use of trees by livestock, 5: Quercus, Chatham : Natural Resources Institute, ISBN 0-85954-365-X0-85954-365-X
- Royston, Angela (2000) Life cycle of an oak tree, Heinemann first library, Oxford : Heinemann Library, ISBN 0-431-08391-60-431-08391-6
- Savage, Stephen (1994) Oak tree, Observing nature series, Hove : Wayland, ISBN 0-7502-1196-20-7502-1196-2
- Tansley, Arthur G., Sir (1952) Oaks and oak woods, Field study books, London : Methuen.
- Żukow-Karczewski, Marek (1988) Dąb – król polskich drzew (Oak – the king of the Polish trees), AURA (A Monthly for the protection and shaping of human environment), 9, 20-21.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Flora of China – Cyclobalanopsis
- Oak diseases
- Flora Europaea: Quercus
- Oaks from Bialowieza Forest
- Common Oaks of Florida
- Oaks of the world
- The Global Trees Campaign The Red List of Oaks and Global Survey of Threatened Quercus
- Latvia - the land of oaks Diarkibkan 2017-12-28 di Wayback Machine
- Janka Hardness Scale Diarkibkan 2016-09-25 di Wayback Machine – The Janka Hardness Scale for many Exotic and Domestic species
- Eichhorn, Markus (May 2010). "Oak – A Very English Tree". Test Tube. Brady Haran for the University of Nottingham.