Piala Durand
{
| Badan penganjuran | Persatuan Kejohanann Bola Sepak Durand Football AIFF |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1888[1] |
| Kawasan | India |
| Jumlah pasukan | 24 |
| Pasukan paling berjaya | Mohun Bagan SG East Bengal (17 kejuaran masing masing) |
| Penyiar televisyen | Sony Sports SonyLIV (Siaran dalam taLian) |
| Moto | A Saga of Enduring Glory(Kisah Germilang yang berterusan) Many Champions. One Legacy.(Ramai Juara,Satu Legasi) The quest for a lasting legacy (Mengejar legasi yang kekal) |
| Laman sesawang | durandcup |
Piala Durand ialah pertandingan bola sepak tahunan di India yang dimulakan pada tahun 1888. [2] [3] [4] Ia dianjurkan bersama oleh Persatuan Kejohanan Bola Sepak Durand (DFTS) dan Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF). Iamerupakan kejohanan bola sepak kelab tertua di Asia dan [a] kelima tertua di dunia. [5] [6] [7] Kejohanan ini kini berfungsi sebagai pembuka tirai untuk musim bola sepak India . Ia terbuka kepada mana-mana kelab bola kebangsaan, dengan pasukan jemputan daripada pelbagai cabangan Angkatan Tentera India, sekali gus mengekalkan tradisi yang telah berlangsung selama lebih satu abad. [8] [9] [10]
Sejak penubuhan Piala Persekutuan (Federation Cup), kejohanan ini menjadi pertandingan pameran dengan penyertaan pasukan jemputan. Walau bagaimanapun, mulai tahun 2022 semua kelab Liga Super India dan majoriti kelab dari Liga-I mula mengambil bahagian.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]
Kejohanan Bola Sepak Durand telah dimulakan oleh Henry Mortimer Durand pada tahun 1888. [11] [12] Sir Henry ketika itu sedang menjalani pemulihan daripada penyakit di Shimla,India Utara .Menyedari kepentingan sukan sebagai slah satu cara untuk mengekalkan kesihatan, beliau memutuskan untuk menawarkan sebuah trofi bagi menggalakkan pertandingan sukan di India. Pada tahun 1940, lokasi kejohanan itu telah dipindahkan ke New Delhi . [11]
Format pertandingan
[sunting | sunting sumber]Walaupun tiada rekod format pertandingan pada zaman awalnya, Piala Durand pada masa kini dimainkan dalam dua fasa: peringkat kumpulan dan kalah mati . [13]Sebanyak 24 pasukan bertanding dalam pusingan peringkat kumpulan. [14] Setiap pasukan dibenarkan mempunyai maksimum 30 pemain untuk melengkapkan senarai pemain mereka.
Selepas jadual pusingan kumpulan, pasukan teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati, yang berakhir dengan 2 pasukan bertemu antara satu sama lain di peringkat akhir. [15]
Trofi
[sunting | sunting sumber]Tidak seperti mana-mana pertandingan bola sepak lain di seluruh dunia, pasukan pemenang akan dianugerahkan tiga buah trofi: [16]
- Piala Durand (digelar The Masterpiece ): trofi kejohanan asal yang menjadi trofi bergulir sejak tahun 1965 [17]
- Trofi Shimla (digelar The Artistry ): disumbangkan oleh penduduk Shimla pada tahun 1904 untuk menunjukkan semangat dan sokongan mereka terhadap kejohanan ini, trofi ini mula dianugerahkan secara bergilir sejak tahun 1965 [18]
- Piala Presiden (digelar The Pride ): trofi bergolek yang menggantikan Trofi Viceroy selepas kemerdekaan oleh Presiden India Dr. Rajendra Prasad [19]
Prestasi pasukan
[sunting | sunting sumber]| Pasukan | Juara | Tempat Kedua | Juara kali terakir |
|---|---|---|---|
| Mohun Bagan | 17 | 14 | 2023 |
| East Bengal | 17 | 11 | 2026 |
| Border Security Force | 7 | 2 | 1988 |
| JCT | 5 | 7 | 1996 |
| 5 | 2 | 1920 | |
| 5 | 1 | 1895 | |
| Hyderabad City Police / Andhra Pradesh Police |
4 | 3 | 1961 |
| 4 | 2 | 1922 | |
| Mahindra United / Mahindra & Mahindra |
3 | 3 | 2008 |
| Churchill Brothers | 3 | 2 | 2011 |
| 3 | 1 | 1930 | |
| Salgaocar | 3 | 0 | 2014 |
| 3 | 0 | 1938 | |
| Mohammedan | 2 | 4 | 2013 |
| Gorkha Brigade | 2 | 1 | 1969 |
| 2 | 1 | 1937 | |
| 2 | 1 | 1928 | |
| 2 | 1 | 1924 | |
| 2 | 1 | 1912 | |
| 2 | 1 | 1907 | |
| NorthEast United | 2 | 0 | 2025 |
| Madras Regimental Centre | 2 | 0 | 1958 |
| 2 | 0 | 1933 | |
| 2 | 0 | 1892 | |
| 1 | 3 | 1936 | |
| Chirag United / Prayag United | 1 | 1 | 2010 |
| Army XI / Army Red | 1 | 1 | 2005 |
| 1 | 1 | 1931 | |
| 1 | 1 | 1904 | |
| 1 | 1 | 1903 | |
| 1 | 1 | 1896 | |
| 1 | 1 | 1888 | |
| Bengaluru | 1 | 0 | 2022 |
| Goa | 1 | 0 | 2021 |
| Gokulam Kerala | 1 | 0 | 2019 |
| Army Green | 1 | 0 | 2016 |
| Air India | 1 | 0 | 2012 |
| Dempo | 1 | 0 | 2006 |
| Kochin | 1 | 0 | 1997 |
| 1 | 0 | 1934 | |
| 1 | 0 | 1926 | |
| 1 | 0 | 1923 | |
| 1 | 0 | 1905 | |
| 1 | 0 | 1902 |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai kelab bola sepak di India
- Sistem liga bola sepak India
- Bola sepak di India
- Perisai IFA
- Trofi Bordoloi
- Liga-I 2
- Liga-I 3
- Liga negeri
- Liga Institusi
Nota
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Laman web DFTS
- Senarai pemenang dan naib juara yang lalu
- Senarai perlawanan akhir Piala Durand di RSSSF
- ↑ "History in Timeline of Indian Football". All India Football Federation. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2020. Dicapai pada 2021-02-15.
- ↑ "Asia's oldest football tourney Durand Cup to return after a year". Times of India. 2021-08-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-08. Dicapai pada 2024-01-02.
- ↑ "The passage of football in India". ifawb.org. Kolkata: Indian Football Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2023. Dicapai pada 11 May 2023.
- ↑ "The Durand Cup – About". durandcup.in. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-05. Dicapai pada 2021-08-02.
- ↑ "Durand Cup 2021: Kerala Blasters will make their debut in India's oldest football competition". thebridge.in (dalam bahasa Inggeris). 2021-08-24. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 August 2021. Dicapai pada 2021-08-24.
- ↑ Hassan, Mehedi (1 August 2018). "ভারত যেদিন নেমেছিল খালি পায়ে... [The day India landed barefoot ...]". www.prothomalo.com (dalam bahasa Bengali). Prothom Alo. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2022. Dicapai pada 4 April 2022.
- ↑ Majumdar, Rounak (22 April 2019). "The Golden Years of Indian Football". www.chaseyoursport.com. Kolkata: Chase Your Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 November 2020. Dicapai pada 28 January 2022.
- ↑ "Football: Durand Cup makes a comeback, after 3 years". The Week (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-30. Dicapai pada 2021-07-30.
- ↑ "Top 10 moments in Durand Cup history". Khel Now (dalam bahasa Inggeris AS). 2019-07-27. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-26. Dicapai pada 2021-07-30.
- ↑ "Mohun Bagan Trophy room". themohunbaganac.com. Mohun Bagan Athletic Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2022. Dicapai pada 9 June 2020.
- 1 2 Mitra, Bishwabijoy (30 July 2019). "Did you know the connection Bengal has with Durand Cup?". The Times of India (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-30. Dicapai pada 2021-07-30.
- ↑ Upadhyay, Somesh (22 December 2010). "Indian Football : Ah! Those golden days..." www.sportskeeda.com. Sportskeeda. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 July 2022. Dicapai pada 14 July 2022.
- ↑ "Stage set for new-look Durand Cup". Hindustan Times (dalam bahasa Inggeris). 2006-11-02. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-08-03. Dicapai pada 2021-08-03.
- ↑ "129th edition of Durand Cup: All you need to know". www.goal.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-12. Dicapai pada 2021-08-03.
- ↑ "Durand Cup 2021: Match Report – FC Goa start their Durand Cup campaign with a 2-0 win". The Eastern Link. 7 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2021. Dicapai pada 7 September 2021.
- ↑ "Football: Durand Cup makes a comeback, after 3 years". The Week (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-30. Dicapai pada 2021-08-03.
- ↑ "𝙏𝙝𝙚 𝘿𝙪𝙧𝙖𝙣𝙙 𝘾𝙪𝙥 - 𝐀 𝐧𝐚𝐦𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐡𝐚𝐬 𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐭𝐡𝐞 𝐠𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐧𝐢𝐟𝐢𝐞𝐝 𝐯𝐢𝐜𝐭𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐞𝐭𝐜𝐡𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐢𝐧𝐝𝐞𝐥𝐢𝐛𝐥𝐞 𝐢𝐧𝐤". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-14. Dicapai pada 13 August 2022.
- ↑ "𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐢𝐦𝐥𝐚 𝐓𝐫𝐨𝐩𝐡𝐲 : 𝑨 𝑻𝒓𝒐𝒑𝒉𝒚 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒅𝒆𝒇𝒊𝒏𝒆𝒔 𝒕𝒉𝒆 𝒔𝒐𝒍𝒊𝒅𝒂𝒓𝒊𝒕𝒚 & 𝒖𝒏𝒊𝒕𝒚 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒆𝒐𝒑𝒍𝒆 𝒐𝒇 𝑺𝒊𝒎𝒍𝒂 𝒇𝒐𝒓 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝒐𝒍𝒅𝒆𝒔𝒕 𝒇𝒐𝒐𝒕𝒃𝒂𝒍𝒍 𝒕𝒐𝒖𝒓𝒏𝒂𝒎𝒆𝒏𝒕 𝒊𝒏 𝑨𝒔𝒊𝒂". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-14. Dicapai pada 13 August 2022.
- ↑ "𝙋𝙧𝙚𝙨𝙞𝙙𝙚𝙣𝙩'𝙨 𝘾𝙪𝙥 : 𝑻𝒊𝒎𝒆 𝒕𝒐 𝒉𝒐𝒍𝒅 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒃𝒓𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒔 𝒘𝒆 𝒖𝒏𝒗𝒆𝒊𝒍 𝒕𝒉𝒊𝒔 𝒕𝒊𝒎𝒆𝒍𝒆𝒔𝒔 𝑻𝒓𝒐𝒑𝒉𝒚 𝒘𝒉𝒊𝒄𝒉 𝒊𝒔 𝒂𝒏 𝒆𝒑𝒊𝒕𝒐𝒎𝒆 𝒐𝒇 𝒃𝒆𝒂𝒖𝒕𝒚". Twitter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-14. Dicapai pada 13 August 2022.
- ↑ There are numerous claims in the list of oldest football competitions, listed as per national cup competitions, following the FA Cup (1871), the Scottish Cup (1874), the Welsh Cup (1877) and the Irish Cup (1881).
<ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan