Yuki Hayashi
Yuki Hayashi | |
|---|---|
| Kelahiran | 31 Disember 1980 Kyoto, Jepun |
| Warganegara | Jepun |
| Pekerjaan | Pemuzik, komposer |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2009-kini |
| Syarikat rakaman |
|
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | legendoor.com… |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Yuki Hayashi (林 ゆうき, Hayashi Yūki, lahir 31 Disember 1980) ialah seorang komposer muzik Jepun yang terkenal melalui pembikinan runut dalam anime, siri televisyen dan filem Jepun. Karya-kerya utamanya termasuk runut dalam Triangle (bersama dengan Hiroyuki Sawano), Zettai Reido, Diabolik Lovers, Asa ga Kita, Haikyū!!, and My Hero Academia.[1][2]
Biografi
[sunting | sunting sumber]Hayashi dilahirkan di Kyoto, Jepun. Beliau pernah menjadi atlet gimnastik berirama lelaki lalu tertarik dengan skor latar belakang ketika memilih muzik lantai gimnastik. Walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan muzik sebelum ini, beliau mula belajar menggubah dirinya sendiri semasa tahun-tahun kolej. Beliau menjual salah satu karyanya dengan harga 5000 yen kepada pemain junior sebagai muzik latar belakang gimnastik mereka, dan semakin banyak permintaan datang selepas pasukan lain mendengar karyanya.[3] Selepas tamat pengajian, beliau menjadi murid Hideo Kobayashi untuk mempelajari pembuatan rentak dan sementara itu, beliau juga mula membuat muzik latar belakang untuk sukan tarian.[4]
Dia kemudian menyertai agensi muzik Legendoor pada tahun 2009 dengan karya utama pertamanya iaitu Triangle bersama Hiroyuki Sawano, dan Robotics;Notes bersama Asami Tachibana dan Takeshi Abo sebagai karya anime pertamanya.[4] Pada Mac 2021, telah diumumkan bahawa kontrak Hayashi dengan Legendoor akan ditamatkan mulai Oktober 2021 selepas 12 tahun. Dengan itu, beliau menubuhkan syarikatnya sendiri bernama Hayashi Factory dan bekerja sebagai komposer bebas mulai April 2021.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ "Interview Hayashi Yūki". Crypton (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2016. Dicapai pada 22 January 2016.
- ↑ "平成27年度後期 連続テレビ小説「あさが来た」出演者発表!" (dalam bahasa Jepun). NHK. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2019. Dicapai pada 22 January 2016.
- ↑ 篠原良一郎 (17 April 2012). "リーガル・ハイ 林ゆうき スコア・インタビュー!! | Soundtrack Detective". リーガル・ハイ 林ゆうき スコア・インタビュー!! | Soundtrack Detective (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2019. Dicapai pada 24 January 2016.
- 1 2 "林ゆうき / Yuki Hayashi Profile" (dalam bahasa Jepun). Legendoor. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2019. Dicapai pada 30 March 2021. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "LegendoorProfile" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ↑ 篠原良一郎 (17 April 2012). "リーガル・ハイ 林ゆうき スコア・インタビュー!! | Soundtrack Detective". リーガル・ハイ 林ゆうき スコア・インタビュー!! | Soundtrack Detective (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 April 2019. Dicapai pada 24 January 2016.
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- Tapak sesawang rasmi
- Official Legendoor page (dalam bahasa Jepun)
- Yuki Hayashi di Ensiklopedia Anime News Network
